Rabu, 15 April 2009

Tora datang lagi..

Musim bola BPL sudah mula hampir kekemuncak.Lagi beberapa perlawanan lagi akan muncul juara BPL untuk musim ini.Bagi Arsenal musim ini mungkin merupakan musim yang agak mengecewakan.Tapi takpe semuanya merupakan persedian untuk musim depan yang lebih mantap dan cemerlang.Bercakap pasal musim baru BPL, antara yang gua tunggu setiap tahun,selain daripada perpindahan pemain atau pengurus ialah pertukaran rekaan jersey pasukan.Pakai kaler sama ke?..tukar penaja ke?..Nike ke?..Adidas ke?..FBT ke?.Ambros ke?.

Nak dijadikan cerita, sedang gua lompat-melompat dari satu blog ke satu blog,dari satu 'page' ke satu 'page',gua terjumpa ini..

'New Strip For 2009/2010 BPL Season"

Haha..Spoil tak?

Ok gua start dengan The Mighty-Mighty Gunners...Arsenal














Ini mungkin merupakan jersey 'away' Arsenal bagi musim depan.Ia merupakan inspirasi daripada jersey yang dipakai pada musim 1982.Bagi gua ianya tidaklah terlalu cantik dan tidaklah terlalu buruk.Lagipun hijau memang tengah 'in' dengan gua sekarang.Sejak-sejak menganut fahaman 'enviromentalis' ni.Merah putih masih lagi akan menjadi jersey utama bagi The Gunners.

Liverpool..















Jersey yang agak menarik bagi gua.Peminat-peminat Liverpool pasti menyukai rekaan terbaru Adidas untuk pasukan mereka.Ini merupakan rekaan untuk 'away' jersey mereka.

Chelsea


















Apakah?..lu ingat lu Robocop ke apa?..Kah kah kah...macam jersey rugby pun ada...kah kah kah...siap ada bra tu..kah kah kah..

Dan akhir sekali..jeng jeng jeng

Manchester United...














Kah kah kah...macam munkee..kah kah kah..jap-jap...cuba lu tengok away jersey pulak..



















Kah kah kah..munkee kuasa dua...tak sabar gua nak tengok si munkee Ronaldo tu pakai jersey ni musim depan...kah kah kah..

*twinkle little star - maklumat dicedok disini
*twinkle-twinkle litle star - penat gak gelak stail brader isam rais ni ye...kah kah kah

Jumaat, 27 Februari 2009

Pelan Belakang Atas

Kejatuhan ekonomi global buat ramai orang jadi gila.Paranoid.Setiap hari macam-macam yang gua dengar,kena potong gaji la,VSS la,force leave la,nak bayar ansuran kereta la,rumah la,susu anak,lampin anak,saham jatuh,syarikat bankrup,bank tak beri loan,saving takde dan lain-lain lagi.

Semua tu membuatkan gua jadi gila.Paranoid.

So.. gua cuba mencari backup plan sebelum kesan-kesan kejatuhan ekonomi global ni memberi kesan kat gua.Gua meniaga kain-baju secara runcit kat sini.




Kawan-kawan mintak tolong support...

Isnin, 23 Februari 2009

Orang Tengah

'The disadvantage of being a middle man is you get squeezed by both side'

Dalam ruang lingkup pekerjaan gua sekarang,gua ada masanya berpeluang untuk buat kerja luar,buat duit lebih.Sebagai contoh,sepanjang blog ni tidak di'update',gua sibuk menguruskan satu projek 'kerja luar' gua.Gua menjadi orang tengah diantara dua company.Satu company ingin menggunakan mesin company satu lagi untuk menampung pengeluaran yang terlalu banyak.Manakala satu lagi company memerlukan duit kerana pengeluaran yang kurang.Kedua-dua company ini merupakan customer yang membeli mesin dari company gua.

Menjadi orang tengah untuk kedua-dua company ini memang menyusahkan,it's like a living hell.Habis kederat gua kesana-kesini.Kalau tidak kerana memikirkan habuan yang akan gua dapat memang dah lama gua 'molotov cocktail'kan dua-dua sekali.Ada saja bunyi-bunyi ketidakpuashatian dari kedua-dua belah pihak.Itu tak accurate lah,mahal sangat lah,murah sangat lah,lambat sangat lah,dan sapa lagi kalau bukan gua yang menjadi mangsa.Naik bernanah telinga gua menahan komplen-komplen bangsat dari kedua-dua belah pihak.

Akhirnya,bak kerana sakit hati,gua mainkan je dua-dua.Pada company yang memerlukan mesin tu gua cakap company satu lagi mintak payment lebih dari yang dijanjikan sebab barang yang diaorang kena buat tu terlalu 'delicate',susah nak handle.Pada company satu lagi gua cakap yang harga yang dijanjikan terpaksa diturunkan kerana proses pembuatan yang terlalu memakan masa,lagipun ekonomi sekarang tengah jatuh (alasan klasik masa kini..hehe).So,duit yang lebih tu gua sapu..puas hati gua.

'The advantage of being a middle man is you can squeezed both side'

Padan muka!

Rabu, 4 Februari 2009

Masalah.

Gua tengah ada masalah ni.Dah dekat seminggu masalah ni gua hadapi.Setiap hari ia berlegar-legar kat dalam benak pikiran gua.Jalan penyelesaian masih belum diketemui.Puas gua pikir macam mana nak lupakan ataupun selesaikan masalah gua ni.Apa? mintak tolong member?..apa lu nak mampus.Kalau diaorang tau gua ada masalah ni habis punah la reputasi gua.Gua takut nanti diaorang taknak kawan dengan gua lagi.Nanti dengan sapa gua nak pegi karaoke.

Ok..berbalik kepada masalah gua tu,walaupun gua cuba rahsiakan masalah gua ni,tapi sekali-sekala,secara tak sengaja terpancul dari mulut apa yang bersarang dalam kepala gua ni.Ia berlaku secara semulajadi,tindakan luar kawal,gua kadang-kadang tak mampu untuk menahannya. Arghh..tertekan.



'


"Rakan muda..prihatin,mahir,dinamik"
"Rakan muda..prihatin,mahir,dinamik"
"Rakan muda..prihatin,mahir,dinamik"
"Rakan muda..yakin boleh gemilang"
"oh rakan muda..oh rakan muda....."

Ha..kan gua dah cakap gua tak boleh nak kawal.Tiba-tiba je terpancul dari mulut gua.Ia berlaku secara semulajadi,tindakan luar kawal.

*twinklelittlestar-lu perasan tak? dalam sejam berita sukan ESPN kat Astro tu,gua rasa dekat 6-7 kali iklan Rakan Muda.Kompom bapak Dafi punya kerja.Macam puaka.

Rabu, 21 Januari 2009

Sempena Hari Raya Cina yang mulia ini..ku pohon ampun dan maaf..

Persediaan untuk bermain bolasepak-dalam-kandang-pada-waktu-malam (futsal) kadang-kala boleh menjadi satu pekerjaan yang cukup membebankan.Nak kena cari tempat yang menarik,lepas tu nak kena pegi booking waktu yang sesuai dan akhirnya mengumpul kutu-kutu untuk mencukupkan kariah.Semua ini kalau tak kena cara boleh menjadikan hidup lu susah.Tapi bagi seorang penganjur yang berdedikasi macam gua ni semua masalah yang gua sebut tadi merupakan kerja senang,kecuali satu.Kumpul kutu.

Bukan senang mengumpul kutu-kutu untuk bermain futsal.Gua terpaksa menghantar pesanan pendek kepada setiap orang.Biasanya gua akan menghantar jemputan dalam satu ayat yang sama kepada semua orang.Senang,taip satu kali hantar pada semua,then tunggu jawapan balas.

So,semalam merupakan hari rasmi bagi gua dan kutu-kutu bermain futsal.Pukul 10 setiap malam Selasa,bertempat di Jalan Kuchai Lama.Walaupun kutu-kutu ni semua memang dah sedia maklum yang semalam merupakan hari mari berfutsal,tapi gua still kena hantar jemputan kepada mereka semua.Tanda kompom.Selepas pulang dari opis,gua dah siap segia dengan talipon tangan dan sebatang rokok,tanda gua bersedia untuk menghantar jemputan.Gua taip ayat standard gua..

'ftsl kul 10,jln kuchai lma,pls reply ASAP..'

Ringkas,padat dan berkesan.Satu demi satu pesanan pendek masuk ke talipon tangan gua selepas gua menghantar jemputan.Semua membalas dengan balasan positif dan menceriakan hati gua..

'i'll be there..'

'ok..'

'cantik..jmpa kt sana..'

'aite..'

'baik..zidane akn turun mlm ni'

Antara balasan yang gua terima.Gua kira-kira semua kutu dah balas kecuali sorang.Mat Arip.Takpe gua tunggu,mungkin dia akan balas kejap lagi.Setengah jam berlalu,Mat Arip masih belum membalas,gua sudah mula hangin.Lantas gua menghantar satu lagi pesanan pendek,tapi kali ini menggunakan ayat-ayat berbau peperangan.

'wei pundek..nk main x mlm ni..balas la cibai..'

Lima belas minit berlalu,still takde balasan dari Mat Arip.Lantas gua mengambi keputusan untuk call.Belum sempat gua cari nama Mat Arip dalam phone book gua,talipon tangan gua berdering.Di screen terpampang tulisan 'Mak'.

'Assalamuaikum mak!" (gila soleh,bagi salam dulu tu,hello pun tak sebut)

'Waalaikummussalam,Ngah! apa mesej yang kau bagi ni Ngah.Mencarut-carut.Kau nak ajak mak main apa malam ni?'

'errrr'




Hampir dua puluh minit gua menerangkan pada Mak gua yang gua tak carutkan dia.Menerangkan yang gua tersalah menghantar pesanan pendek.Gua juga terpaksa menerangkan apa itu futsal dan kenapa ia dimainkan pada waktu malam.Tak lupa juga berbundle-bundle ayat kemaafan yang gua beri.

Pergh penat..

Ini semua salah Mat Arip.

Isnin, 19 Januari 2009

Sepetang bersama selebriti

Gua tidak berada di Istana Budaya petang semalam.Gua tidak menyaksikan persembahan Emmet dan rakan-rakan.Gua tidak berada dibelakang pentas untuk mengucapkan selamat sebelum mereka membuat persembahan.Gua juga tidak berada disana untuk bersalaman dan mengucapkan tahniah ketika selesai persembahan.

Semestinya tiada foto untuk kenang-kenangan.

Gua tidak berada di Stadium Putra Bukit Jalil petang semalam.Gua tidak menyaksikan persembahan artis-artis yang masuk bertanding.Gua tidak berada dibangku stadium menyaksikan Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu ke 23.Gua juga tidak bersama-sama pemenang meraikan kemenangan mereka dimajlis 'After Party'.

Semestinya tiada foto untuk kenang-kenangan.

Gua berada disatu studio kecil dipekan Ampang petang semalam.Gua menyaksikan persembahan dari beberapa kumpulan muzik yang kuat,bising dan laju.Gua berborak bersama selebriti ini.Minum teh o ais bersama selebriti ini yang sering diperkatakan oleh selebriti ini.Berjumpa dengan selebriti ini walaupun tidak sempat bertegur sapa.

Malangnya tiada foto untuk kenang-kenangan.

Oh ye..gua kesana bersama selebriti ini yang sedang mula meningkat popular.

Khamis, 15 Januari 2009

Megadrama

'Last-last diaorang nikah jugak tom,minggu lepas'

Ayat terakhir dari mulut Din Cinpeng tanda penutup cerita.Ketika itu gua bersama dia dalam perjalanan untuk bermain bola-sepak-dalam-kandang-pada-waktu-malam.Cerita berkisar tentang seorang lagi teman yang dah lama gua terputus hubungan.Kali terakhir gua dengar dia bekerja di satu bandar diselatan tanahair.

'Cerita dia macam ni,akhir bulan 11 dia call aku..mintak nak tumpang rumah'

'Apsal lak nak tumpang rumah...dia dapat keje kat sini ke?'

'Tak..dia ada buat kes kat Batu Pahat'

Rupa-rupanya teman gua yang dah lama gua tak jumpa tu sudah buat kes yang melibatkan rumah tangga orang lain.Dia telah bermain cinta dengan seorang perempuan yang bersuami dan mempunyai seorang anak.Menjadikan kes ni lagi berat adalah suami kepada perempuan tu merupakan seorang yang dikenali dengan keganasan,keotaian dan ketigalineannya.

'Aku rasa dia nak jadi hero la Tom'

'Hero?'

'Ye la..dia cerita kat aku yang laki minah tu selalu pukul dia.Abis lunyai minah tu kena lanyak hari-hari'

Teman gua yang buat hal ni lari pergi KL dengan perempuan itu dan anaknya.Takut diapa-apakan oleh suami perempuan tersebut.Berhenti kerja tanpa notis.Seorang pun tak tau kemana dia pergi.Malahan keluarga sendiri pun tak diberitahunya.Ugutan bunuh jangan ceritalah..hampir setiap minit menerima pesanan ringkas berbau ancaman dari sang suami.

'Abis tu apa lu buat?'

'Aku bawak jumpa abang ipar gua.."adik-beradik" jugak la'

'Abis tu abang lu tolong la?'

'Nak tolong macam mana?..bawak lari bini orang tu..abang aku suruh dia balik,suruh perempuan tu mintak cerai..buat cara betul'

Teman gua tu pulang selepas genap dua minggu berhibernasi di rumah Din Cinpeng.Menurut Din Cinpeng teman gua tu dah berjaya mendapatkan pertolongan dari seorang "Abang Long".Abang long kawasan mana tu gua pun tak pasti.Din Cinpeng pun lega dengan pemergian teman gua tu.Mana taknya nak mengadap bini dia lagi,persoalan dari jiran tetangga,jelingan tajam kariah surau,takut rumah kena gegar dengan kaum-kaum suami perempuan tu lagi.

'Last-last diaorang nikah jugak tom,minggu lepas'

Ayat terakhir dari mulut Din Cinpeng melegakan kerisauan gua.Nasib baik tak mati dibuatnya teman gua tu.Mulai dari sekarang tahap skeptik gua terhadap kebenaran kisah drama swasta kat tv tu dah mula berkurangan.Tak kiralah slot Megadrama ke,Samarinda ke,Akasia ke,Sinetron ke,Telenovela ke..gua yakin semuanya adaptasi dari kisah benar.Kisah tragis teman gua ni sebagai bukti sahih.






Pergh..gila ah!

Jumaat, 2 Januari 2009

Lebih Aneh dari Fiksyen

Gua baru lepas layan filem Stranger Than Fiction.Kira boleh blah jugak la filem ni.Ia mengisahkan tentang hidup seorang ejen IRS (lebih kurang macam Pegawai LHDN la) bernama Harold Crick lakonan Will Farrell.Harold Crick ni seorang lelaki yang hidupnya serba sederhana.Setiap pagi dia pegi keje.Sampai opis dia buat keje.Habis keje dia balik rumah.Sampai rumah dia makan.Habis makan dia tengok tv.Cukup masa dia masuk tido.Letak jam tangan kat sebelah buat alarm.Inilah rutin dia setiap hari.Sendiri dan membosankan.Semua ini berubah selepas pada suatu hari dia terdengar satu suara dalam kepala hotak dia.Suara seorang perempuan yang sedang bernaratif tentang kehidupan dia.Suara itu telah membuatkan kehidupan dia menjadi tunggang - langgang,dan akhirnya....err kalau lu nak tau pengakhirannya lu tengok sendiri la.


Hidup gua sepanjang minggu ni bosan ya amat.Setiap pagi gua pegi keje.Sampai opis gua buat keje.Habis keje gua balik rumah.Sampai rumah gua makan.Habis makan gua tengok tv.Cukup masa gua masuk tido.Letak telefon bimbit kat sebelah buat alarm.Itulah rutin gua setiap hari minggu ni.Sendiri dan membosankan....









Dejavu..









oh! taik...gua dah bertukar menjadi Harold Crick

Rabu, 31 Disember 2008

Selamat tukar kalender

"apa azam lu tahun depan tom?" tanya seorang teman ketika kami sedang berliburan hujung minggu lepas.

"entah..takde kot" jawab gua selamba.

Gua memang dah lama takde set target setiap kali tahun baru.Mungkin sebab gua dah bosan mengecewakan diri gua sendiri apabila setiap hujung tahun azam gua tak tercapai.


'

"kita kena ada azam baru tahun depan ni bro" ujar Rambo serius.

"azam mende"

"kita mesti kena ada makwe beb tahun depan,umur pun dah nak expired dah ni" ujar Rambo lagi..beria-ia

"hmm" balas gua endah tak endah.

"ceh..gua rasa hati lu ni dah mati la Tom"

Mungkin itu yang lebih tepat mengambarkan kenapa gua takde azam baru setiap tahun baru.Hati gua dah mati...mati-semati-matinya.



'


oh ye,..Selamat Tahun Baru.

Selasa, 23 Disember 2008

Agak-agak lu..kat klinik mana gua boleh buat facelift

'kak..nasi ayam satu'

Gua dah lapar gila tengahari tadi.Lalu dengan pantas gua order nasi ayam kat food court belakang opis gua.Cepat,sedap dan boleh kira murah kalau nak dibandingkan dengan spaghetti bolognese.

'muka awak ni akak tengok ada iras Kazar masa muda la..'

'err..ye ke?..nasi ayam saya kak?'

Wtf..akak ni nak mengenen gua ke.Ini mesti kes kurang kasih sayang dari laki dia ni.Kazar masa muda?..sapa pulak Kazar ni..

'tak kenal Kazar?..ala yang berlakon jadi Degawan tu.Betul muka awak ni ada iras dia masa muda'

'err..ye ke?..nasi ayam saya mana kak?'

Degawan?..kat mana gua dengar nama ni.Ohh.. mamat botak dalam cerita susuk tu,yang jadi bomoh jahat lagi tidak mengenal erti kemanusian tu..akak ni perli gua ni.

'nah! nasinye Encik Kazar masa muda'

Akak ni gua stalait dua das kang.



'


Gua makan dengan hati yang panas membara.Nasib baik gua lapar,kalau tak memang nasi ayam ni kekaki jawabnya.Ada samakan muka gua dengan mamat Degawan tu.Tak membina langsung.Samakan la dengan Brad Pitt ke,Tom Cruise ke,Johnny Deep ke,Aznil Hj Nawawi ke....errr nama yang last tu gua tarik balik.

Akak tu ingat dengan menambah perkataan "muda" kat belakang nama Kazar tu dapat menghalalkan perbuatan dia.Cara dia tu, macam cakap muka gua ni ada iras dubuk yang kacak.Walau kacak manapun tetap dubuk.

Dubukkacakpakaiescadajeans

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberry

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberrysarungkasutmartindingman

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberrysarungkasutmartindingmannaikbugattiveyron





heh..niat tak menghalalkan cara.

*twinklelittlestar-sumpah! muka gua tak sama langsung dengan Degawan masa muda

Jumaat, 19 Disember 2008

Gua rasa macam isi borang banci pulak...

Dalam keadaan kurang berwaspada gua dah kena tag ngan Rambo.Mula rasa macam taknak jawab sebab gua memang tak boleh blah la dengan permainan mari mengetag ni.Kalau gua jumpa orang yang cipta benda ni memang gua stalait dia dalam dua tiga das.Nasib baik member baik gua yang tag,so..dengan berat hati gua jawab jugak la.

Perghh..ayat denial sial..macam ayat tipikal blogger-blogger otai yang selalu kena tag...tak suka la,menyampah la,bosan la..tapi jawab jugak.Gua sebenarnya suka campur berdebor gak nak jawab tag dari Rambo ni..maklumlah tag pertama gua.

1. Anda rasa anda hot?
Of course..hot ngan gua memang tak boleh dipisahkan.Sampai sekarang gua tak boleh lagi makan aiskrim..pegang je cair..pegang je cair..

2. Upload gambar kegemaran anda.













3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ia mendedahkan bahagian belakang gua yang hot.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Masa ni

5. Lagu terakhir yang anda dengar.

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Sedang berlakon buat-buat keje..buat-buat busy..supaya office mate gua tak buat mulut.

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
1)Kalau gua pegang gitar orang selalu panggil gua Tom Morello
2)Kalau gua pegang mic orang selalu panggil gua Thom Yorke
3)Kalau gua bersukan orang selalu panggil gua Tom Brady
4)Kalau gua berdandan lebih sikit orang selalu panggil gua Tom Cruise

8. Tag lagi 5 orang.
Bab ni gua pening sikit..so gua amik jalan mudah..gua nak tag..

1)Bapak gua
2)Mak gua
3)Akak sulong gua
4)Adik yang bawah gua
5)Adik bongsu gua

apa? tak boleh..apsal?..ahh suka hati gua la.

9. Siapa orang nombor 1?
Bapak gua

10.Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Ada..dengan laki dia.

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Adik gua paling kecik..paling manja ngan mak gua...tak abis sekolah lagi.

12.Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Adik bawah gua..manjang nak cari gaduh je ngan gua.

13.Siapakah orang nombor 2?
Mak gua.

Best jugak jawab tag ni.Sesapa yang berminat nak tag gua lagi silakan.Confirm gua jawab ngan penuh jujur,cekap,amanah dan berdedikasi.

Khamis, 18 Disember 2008

Bola-Bola Api....

Gua dengan bolasepak macam cagu dengan kuku kaki.Memang ngam.Gua rasa dari umur gua 7 tahun gua dah mula bergiat aktif dalam bola sepak.Nak kata handal mana tu tak la...tapi kalau mood gua baik setakat Shukor Adan tu mudah je gua jinakkan.Satu yang gua perasan sejak gua main bola dari dulu sampai sekarang ialah ayat/perkataan/istilah yang biasa muncul dipadang bola.Tak kisah la ketika beriadah petang-petang ke,subjek pendidikan jasmani masa kat sekolah ke ataupun ketika sedang merebut Piala Pusingan DUN,ianya sama je.Berikut merupakan antara ayat/perkataan/istilah yang gua masih ingat.

"1-2" (disebut sebagai "one-two" bukan satu-dua)
Biasanya disebut ketika seorang pemain yang tidak membawa bola ingin menjemput seorang pemain lagi yang sedang menguasai bola bermain hantaran pendek sesama mereka.

"dua posen"
Istilah dua posen biasanya digunakan apabila seorang pemain berjaya melepaskan diri dengan cara meloloskan bola dicelah kelengkang pihak lawan.Pihak yang kena dua posen biasanya akan berasa agak malu dan mungkin akan hilang konsentrasi terhadap permainan.Ala.. kalau kat iklan Nike tu panggil "Ole".

"kereta kat belakang"
Ayat ni biasanya digunakan sebagai amaran kepada rakan sepasukan tentang pihak lawan yang menghampiri dari belakang.Kereta disini merujuk kepada pemain pihak lawan.Kenapa kereta digunakan sebagai perumpamaan masih lagi menjadi misteri.Ayat ini juga boleh ditambah dengan perkataan berunsur amaran didepan..contoh seperti "awas" ataupun "hati-hati".

"gentel"
Istilah gentel lebih kurang sama maksud dengan gelecek ataupun dribling.Contoh ayat yang menggunakan istilah ini ialah seperti.. "pergh mamat tu hebat sial "gentel".. persis Ronaldinho..budak tu kena "dua posen" je dengan dia" ataupun "Woi mangkuk!! passing la.."gentel" lebih la lu mat".

"kuning" (boleh juga ditukar kepada lain-lain warna seperti merah,magenta,biru pucuk pisang atau kaler pelangi)
Digunakan untuk memanggil rakan pasukan ataupun pihak lawan yang tidak dikenali namanya.Kes ini biasanya terjadi ketika beriadah pada waktu petang dipadang awam.Warna dirujuk pada pakaian yang digunakan oleh pemain yang ingin dipanggil.Walaubagaimanapun terdapat juga sesetengah kes, warna dirujuk mengikut warna kulit seseorang...biasanya hitam la..

Gua rasa cukup la 5 contoh kali ni.Kalau gua bagi banyak-banyak bukan lu orang baca pun...

*twinklelittlestar=penggunaan ayat/perkataan/istilah diatas secara normalnya digunakan disebelah selatan semenanjung Malaya...jika digunakan didaerah lain mungkin boleh mendatangkan kekeliruan..

Rabu, 10 Disember 2008

Hadiahkan gua baju hujan GIVI untuk krismas tahun ni....

Gua kena hujan tadi.Balik dari customer site.Berteduh kat bus stop supaya tak lencun.Dalam hati menyumpah...salahkan diri sendiri.Apsal taknak beli kenderaan berbumbung...kan dah susah.

Satu jam dah berlalu..hujan makin lebat.Opis dah sibuk call..tanya gua kat mana.Dalam hati menyumpah seranah...salahkan diri sendiri.Apsal taknak beli kenderaaan berbumbung...beli yang runcit-runcit pun dah ok...kan dah susah.

Berenti satu lori sampah.Empat mamat basah lencun turun..loading sampah berbakul-bakul dalam lori.Satu mamat basah lencun sudah kasi jatuh satu bakul.Sampah bertempiaran jatuh atas jalan.Sambil gelak-gelak gumbira empat mamat basah lencun kutip satu-satu sampah...loading balik dalam lori.




senyum..



,



heh..ada jugak orang lagi susah daripada gua...

Selasa, 9 Disember 2008

Tegas,Adil dan Berhemah

Lu orang pernah dengar pepatah "tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling selamat" tak?.Gua tak tau la ni pepatah kaum mana..kaum cina kot.Tapi yang penting gua memang tak boleh nak terima pepatah ni.Gua memang tak boleh blah la.Sebagai contoh,lu nak lari daripada diserang sekawan dubuk lantas lu sembunyi dekat segorombolan singa betina yang lapar dan ada anak kecik...tak ke suicide namanya tu.

Cuti Raya Haji tahun ni gua tak balik kampung.Haa..nak tuduh gua tanggang la tu.Gua bukan tak nak balik kampung tapi satu family gua dah plan nak beraya kat KL.Rumah sedara rapat gua kat Bukit Aman.Ya..Bukit Aman pusat perkumpulan polis-polis seMalaysia.So..hari minggu lepas gua pun gagahkan diri pergi sana.Demi family beb nak buat macam mana.Sampai je gua kat parking kuarters 9 tingkat tu..gua saksikan satu panorama yang tak pernah gua jumpa sebelum ni.Dua tiga kali jugak la gua gosok mata gua.Gua perhatikan ada dekat lima-enam kenderaan yang tertinggal kunci kat dalam.Lantas gua ajukan soalan pada sedara rapat (seorang polis berpangkat Sarjan ) gua tentang soalan yang membugging kepala hotak gua ni.Berikut merupakan jawapan beliau..

"memang diaorang semua tinggal je kunci dalam kereta,senang nak double park..orang lain boleh alihkan,tapi..minggu lepas tak silap abang, 2 biji kereta dah hilang...pencuri tu start je kereta terus blah..guard house pulak tak tahan...ye la diaorang pun bukan kenal semua orang kat kuaters ni..ramai sangat..."

"tempat paling bahaya adalah tempat yang paling selamat"....sapa cipta pepatah ni memang genius.Pencuri yang berjaya larikan 2 biji kereta dari dalam Bukit Aman tu dah buktikan pada gua.Gua percaya dengan sepenuh hati pepatah ni.Dah!...sekarang gua nak cari segerombolan singa lapar yang ada anak kecik..sebab ada sekawan dubuk yang sibuk peratikan gua dari tadi....pffffh

Rabu, 19 November 2008

Gua konpius...nak berdekah ke atau nak menangis...(siri 2)

Lokasi - port gua isap rokok (depan opis gua)

Dia - lu sudah berapa tahun isap ini rokok?

Gua - 9 (dengan nada acuh tak acuh)

Dia - lu tak tau ka? ini isap rokok manyak sin ma..

Gua - banyak apa? sin?

Dia - ya la..itu sin la..itu sin boleh buat lu masuk hell punya...

Gua - ooo..sin..dosa la?

Dia - saya tak tau la itu melayu panggil apa..saya panggil sin la..

Gua - heh...(muka paiseh)

*1 minute of awkward silence*

Dia - lu baik pegi itu confess la..lu sudah manyak sinful ma..may god bless u ( wajah serius sambil tangan menepuk manja bahu kiri gua dan terus berlalu pergi)

Gua - wtf...??? (sambil buat bulat guna asap tanda protes)

muka gua ni ada iras Daniel Craig ke sampai mamat sengal ni boleh konpius apa anutan gua?...pfffh...penat...

Khamis, 13 November 2008

Malang tidak beraroma...

08:31
"Hati gua berdebar-debar sial...macam ada benda busuk nak jadi.."kata Rambo pada gua sedang gua syok menghirup teh tarik kurang manis masa sarapan tadi.
"Ek elee...lu dengan intuisi lu...tak abis-abis ..."respon gua dengan nada yang agak menjengkelkan.

12:58
"pergh dah dekat pukul satu,bila nak makan ni"getus hati gua.
"kita siapkan ini mesin dulu,then baru kita pegi makan"Jack,senior gua memberi cadangan...macam tau-tau je isi hati gua.Berpandukan ayat Jack tadi gua tau hari ini akan menjadi hari yang agak malang bagi gua.

17:39
Mesin tak siap lagi....perut lapar gila...dah nak pukul 6....mesin tak siap lagi....Babi,dah sah gua balik lambat hari ni...malang...malang

18:51
"ring...ring...ring...(yup!.. itu bunyi real nada dering gua...standard kan?...)"
"lu kat mana?"
"gua baru sampai opis,tadi gua dari Klang"
"rumah kena pecah"
"haaa!!!...ok Bo..gua sampai sat lagi,lu kat umah ke?"
"lum..gua on da way...baru sampai Kinrara..Kodeng call gua tadi.."
Confirm....hari ni hari malang gua...

19:27
Rumah gua dah macam dilanggar heli Eurocopter...tunggang langgang.Bilik gua jangan cerita la..abis semua persalinan gua diteraburkan..handset pekak gua yang gua tinggalkan semasa gua pegi keje pun tak dapat diselamatkan..hilang..lenyap.
"Wei jom pegi report" satu suara yang agak "Azman" berbunyi....
dengan langkah yang berat gua ikutkan je housemate rumah gua pegi balai...

20:19
"nak report apa?"
"rumah kena pecah cik"
"apa barang hilang"
"X-Box,jam,handset,beg.. duit pun ada sikit"
"nah tulis kat borang ni"
cibai..apsal tanya kalau nak suruh gua tulis...ni yang buat gua kurang percaya pada institusi kepolisian ni....
"dah siap?..bayar 2 ringgit lepas tu pegi Balai X (sengaja dirahsiakan) jumpa dengan Sarjan Y(sengaja dirahsiakan) tunjuk report ni...dia tau apa nak buat.."
Gua dah kata dah..

22:09
Dah dekat sejam gua melangut kat balai ni...tu belum campur lagi masa yang gua habiskan kat balai Z (pun sengaja dirahsiakan) tadi.Perut gua dah lapar gila..dari tengahari minta diisi.
"ok..saya dah ambil semua keterangan..so kamu semua boleh balik.. nanti kita akan hantar unit kami kerumah kamu untuk jalankan siasatan.."
laa ingat dah settle...

23:30
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam"..eh datang pulak polis ni..tak sangka gua..peratus kepercayaan gua naik 50%...
"Wei..Kodeng!...Polis dah sampai.."
"Ha..polis?..wei lari..lari.."
"Hoi...yang lu nak lari tu apsal?...diaorang datang nak datang buat siasatan la wei...apsal lu ada buat salah ke sampai lu nak lari?" pertanyaan sangsi gua pada Kodeng...
"Eh...takdelah" dengan nada yang agak teragak-agak Kodeng membalas...
"So...apa barang yang hilang?"
cibai..tadi dah tulis ni nak tanya lagi..
"X-Box,jam,handset,beg..duit pun ada sikit cik"

01:23
ahhh...sedap betul dapat baring...penat gila gua arini..hmmm..walaupun agak malang...cara jugak rumah gua kena pecah ni..esok ada bahan nak tulis dalam blog..gua pun tengah kering idea ni..tapi..gua tak sangka pulak yang polis-polis ni datang rumah gua buat siasatan..kira kategori cekap jugak la dia orang ni buat keje..peratus kepercayaan gua dah naik 85%..tak boleh percaya 100% lagi..selagi gua belum dapat apa-apa info tentang kes rumah gua ni...
Gua rasa nak anta santau la pada mamat celaka yang berani pecah rumah gua ni...nak anta santau apa ek..santau angin?..efisyen ke?..kalau takde angin boleh sampai ke..kalau time ribut mungkin boleh consider kot..ye la time tu kan angin kuat...
haa..gua nak anta santau pakai SMS la..kira gua kahwinkan tradisional ngan teknologi...tapi...nak anta kat nombor apa?..random je...gila..nanti ada pulak orang tak berdosa mati kena santau gua..kalau gitu gua anta santau..santau...santau................zzzzzzzzzzzzzzzz

*twinklelittlestar = beb!.. lu punya intuisi memang jahat...

Rabu, 12 November 2008

MInggu yang buat gua tersengih...

Gua bangga dengan lu orang...

Dah la abang-abang lu orang sembelih setan-setan merah poyo hujung minggu lepas...

Sekarang lu orang trash pulak the latics dekat Ashburton Groove keramat kita...

Gua bangga betul dengan lu orang...

Game yang menarik sehingga penghujung masa..

Bak kata The Professer...-'I enjoyed every minute of it'

Gua bangga gila dengan lu orang...

Jumaat, 7 November 2008

Gua konpius...nak berdekah ke atau nak menangis...(siri 1)

Lokasi : Rock Cafe,Sunway

dia : wei lu tapau apa?

gua : "RAHSIA"...hehe

dia : wah! "RAHSIA" ka....saya tatak penah makan wo!...sedap ka? (wajah serius)

gua : wtf...??? (sambil grip leher mamat bangla tukang amik order air)


cuba lu orang imagine...gua kena layan mamat sengal macam ni hari-hari...pfffh...penat

Khamis, 6 November 2008

Barack Obama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke44

Syarikat tempat gua bekerja sedang berantakan.Ini semua disebabkan oleh bekas bos gua yang pecah amanah.Dia sudah bawak lari wang syarikat yang jumlahnya boleh bawak dia pegi haji dua kali siap boleh singgah Europe lawat kilang Eurocopter selama seminggu.

Semua staf-staf otai, gua tengok dah mula bercita-cita untuk ambil alih tempat bekas bos gua.Diaorang dah mula melobi.Gua rasa opis gua dah jadi sama macam satu parti politik besar negara yang tak lama lagi akan adakan pilihanraya tu.Semua orang sibuk pilih side,cari sekutu,sebar fitnah,kempen dan bagi rasuah.

Gua pulak hanya mampu dengar dan lihat,maklumlah gua adalah antara staf yang paling junior.Bagi gua... sesiapa pun yang dapat jawatan tu,gua akan tetap kat takuk lama je.Jadi,kalau ada staf otai yg suruh gua pilih side,jadi sekutu,mintak tolong sebarkan fitnah ataupun libatkan diri dalam kempen diaorang...gua akan cakap yang gua tak minat.

Tapi kalau ada yang nak bagi gua rasuah......hmmm....

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kerana Priyanka Chopra gua sanggup dilanggar todak

Pagi tadi semasa meeting dengan bos gua,gua telah diberi satu tugas.Gua kena respon dengan satu masalah yang dihadapi oleh satu pelanggan syarikat tempat gua bekerja.Buat pengetahuan lu orang, gua bergiat dalam industri services, jadi kalau ada mesin-mesin buatan syarikat gua yang rosak gualah orang yang bertanggungjawab.

Company : SS Manufacturing Sdn Bhd
Location : Bandar Puteri,Klang
Machine Type : MK 1313 CNC Engraving Machine
Person Incharge : Mr Siva
*twinkle little star-SS adalah singkatan bagi Sri Subhan

Sudah! macam mana gua nak buat ni..gua dah mula gelabah.Peluh jantan mencurah-curah keluar dari dahi gua.Semua kes yang berkaitan dengan kaum india lalu satu demi satu depan mata gua selepas gua tengok info yang bos gua bagi.Kes Hindraf,kes gaduh besar kat Johor Bahru,kes pukul,rompak lalu rogol yang keluar kat berita malam tadi,india bawak sabit penggal kepala budak-budak masa maghrib yang mak gua selalu cerita kat gua masa kecik dulu...semuanya datang dalam fikiran gua.

Lepas meeting gua pun ambik tools dan terus ke Klang.Apa nak jadi,jadilah....Sampai kat sana gua disambut oleh Mr Siva,seorang lelaki india yang gua rasa beratnya melebihi 0.1 tan.Gua tengok badan mamat ni pun gua dah kecut perut.Masuk dalam kilang yang tak berapa besar ni gua tengok rata-rata pekerja yang ada berbangsa India, kira agak susah jugak la kalau gua nak cari backup.Sampai kat mesin.. gua tengok lebih kurang,gua kenal pasti masalah lalu gua dengan cekapnya baiki apa yang rosak.Lepas siap gua suruh mamat Siva ni on machine,gua nak test macam mana mesin tu pegi.Lepas settle semua masalah, gua salam mamat Siva tu lebih kurang dan dengan pantasnya gua beredar dari situ.

Dalam perjalanan gua senyum sampai ketelinga.Gua senyum bukan sebab gua tak kena keronyok dengan geng-geng Hindraf ataupun tak kena pukul, rompak lalu dirogol oleh pekerja disitu dan juga bukan sebab kepala gua tak kena penggal oleh india bawak sabit penggal kepala budak-budak masa maghrib yang macam mak gua selalu cerita kat gua masa kecik dulu...tapi kerana satu ayat dari Mr Siva ketika gua salam dia masa gua nak balik...

Mr Siva : Wah.! you sangat bagus la...sekejap saja problem i boleh settle...nah! you ambil ni buat minum kopi...terima kasih ha..

3 not RM50 dah ada dalam poket baju gua....apalagi! malam ni jumpa gua kat dangdut....