Rabu, 31 Disember 2008

Selamat tukar kalender

"apa azam lu tahun depan tom?" tanya seorang teman ketika kami sedang berliburan hujung minggu lepas.

"entah..takde kot" jawab gua selamba.

Gua memang dah lama takde set target setiap kali tahun baru.Mungkin sebab gua dah bosan mengecewakan diri gua sendiri apabila setiap hujung tahun azam gua tak tercapai.


'

"kita kena ada azam baru tahun depan ni bro" ujar Rambo serius.

"azam mende"

"kita mesti kena ada makwe beb tahun depan,umur pun dah nak expired dah ni" ujar Rambo lagi..beria-ia

"hmm" balas gua endah tak endah.

"ceh..gua rasa hati lu ni dah mati la Tom"

Mungkin itu yang lebih tepat mengambarkan kenapa gua takde azam baru setiap tahun baru.Hati gua dah mati...mati-semati-matinya.



'


oh ye,..Selamat Tahun Baru.

Selasa, 23 Disember 2008

Agak-agak lu..kat klinik mana gua boleh buat facelift

'kak..nasi ayam satu'

Gua dah lapar gila tengahari tadi.Lalu dengan pantas gua order nasi ayam kat food court belakang opis gua.Cepat,sedap dan boleh kira murah kalau nak dibandingkan dengan spaghetti bolognese.

'muka awak ni akak tengok ada iras Kazar masa muda la..'

'err..ye ke?..nasi ayam saya kak?'

Wtf..akak ni nak mengenen gua ke.Ini mesti kes kurang kasih sayang dari laki dia ni.Kazar masa muda?..sapa pulak Kazar ni..

'tak kenal Kazar?..ala yang berlakon jadi Degawan tu.Betul muka awak ni ada iras dia masa muda'

'err..ye ke?..nasi ayam saya mana kak?'

Degawan?..kat mana gua dengar nama ni.Ohh.. mamat botak dalam cerita susuk tu,yang jadi bomoh jahat lagi tidak mengenal erti kemanusian tu..akak ni perli gua ni.

'nah! nasinye Encik Kazar masa muda'

Akak ni gua stalait dua das kang.



'


Gua makan dengan hati yang panas membara.Nasib baik gua lapar,kalau tak memang nasi ayam ni kekaki jawabnya.Ada samakan muka gua dengan mamat Degawan tu.Tak membina langsung.Samakan la dengan Brad Pitt ke,Tom Cruise ke,Johnny Deep ke,Aznil Hj Nawawi ke....errr nama yang last tu gua tarik balik.

Akak tu ingat dengan menambah perkataan "muda" kat belakang nama Kazar tu dapat menghalalkan perbuatan dia.Cara dia tu, macam cakap muka gua ni ada iras dubuk yang kacak.Walau kacak manapun tetap dubuk.

Dubukkacakpakaiescadajeans

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberry

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberrysarungkasutmartindingman

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberrysarungkasutmartindingmannaikbugattiveyron





heh..niat tak menghalalkan cara.

*twinklelittlestar-sumpah! muka gua tak sama langsung dengan Degawan masa muda

Jumaat, 19 Disember 2008

Gua rasa macam isi borang banci pulak...

Dalam keadaan kurang berwaspada gua dah kena tag ngan Rambo.Mula rasa macam taknak jawab sebab gua memang tak boleh blah la dengan permainan mari mengetag ni.Kalau gua jumpa orang yang cipta benda ni memang gua stalait dia dalam dua tiga das.Nasib baik member baik gua yang tag,so..dengan berat hati gua jawab jugak la.

Perghh..ayat denial sial..macam ayat tipikal blogger-blogger otai yang selalu kena tag...tak suka la,menyampah la,bosan la..tapi jawab jugak.Gua sebenarnya suka campur berdebor gak nak jawab tag dari Rambo ni..maklumlah tag pertama gua.

1. Anda rasa anda hot?
Of course..hot ngan gua memang tak boleh dipisahkan.Sampai sekarang gua tak boleh lagi makan aiskrim..pegang je cair..pegang je cair..

2. Upload gambar kegemaran anda.













3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ia mendedahkan bahagian belakang gua yang hot.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Masa ni

5. Lagu terakhir yang anda dengar.

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Sedang berlakon buat-buat keje..buat-buat busy..supaya office mate gua tak buat mulut.

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
1)Kalau gua pegang gitar orang selalu panggil gua Tom Morello
2)Kalau gua pegang mic orang selalu panggil gua Thom Yorke
3)Kalau gua bersukan orang selalu panggil gua Tom Brady
4)Kalau gua berdandan lebih sikit orang selalu panggil gua Tom Cruise

8. Tag lagi 5 orang.
Bab ni gua pening sikit..so gua amik jalan mudah..gua nak tag..

1)Bapak gua
2)Mak gua
3)Akak sulong gua
4)Adik yang bawah gua
5)Adik bongsu gua

apa? tak boleh..apsal?..ahh suka hati gua la.

9. Siapa orang nombor 1?
Bapak gua

10.Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Ada..dengan laki dia.

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Adik gua paling kecik..paling manja ngan mak gua...tak abis sekolah lagi.

12.Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Adik bawah gua..manjang nak cari gaduh je ngan gua.

13.Siapakah orang nombor 2?
Mak gua.

Best jugak jawab tag ni.Sesapa yang berminat nak tag gua lagi silakan.Confirm gua jawab ngan penuh jujur,cekap,amanah dan berdedikasi.

Khamis, 18 Disember 2008

Bola-Bola Api....

Gua dengan bolasepak macam cagu dengan kuku kaki.Memang ngam.Gua rasa dari umur gua 7 tahun gua dah mula bergiat aktif dalam bola sepak.Nak kata handal mana tu tak la...tapi kalau mood gua baik setakat Shukor Adan tu mudah je gua jinakkan.Satu yang gua perasan sejak gua main bola dari dulu sampai sekarang ialah ayat/perkataan/istilah yang biasa muncul dipadang bola.Tak kisah la ketika beriadah petang-petang ke,subjek pendidikan jasmani masa kat sekolah ke ataupun ketika sedang merebut Piala Pusingan DUN,ianya sama je.Berikut merupakan antara ayat/perkataan/istilah yang gua masih ingat.

"1-2" (disebut sebagai "one-two" bukan satu-dua)
Biasanya disebut ketika seorang pemain yang tidak membawa bola ingin menjemput seorang pemain lagi yang sedang menguasai bola bermain hantaran pendek sesama mereka.

"dua posen"
Istilah dua posen biasanya digunakan apabila seorang pemain berjaya melepaskan diri dengan cara meloloskan bola dicelah kelengkang pihak lawan.Pihak yang kena dua posen biasanya akan berasa agak malu dan mungkin akan hilang konsentrasi terhadap permainan.Ala.. kalau kat iklan Nike tu panggil "Ole".

"kereta kat belakang"
Ayat ni biasanya digunakan sebagai amaran kepada rakan sepasukan tentang pihak lawan yang menghampiri dari belakang.Kereta disini merujuk kepada pemain pihak lawan.Kenapa kereta digunakan sebagai perumpamaan masih lagi menjadi misteri.Ayat ini juga boleh ditambah dengan perkataan berunsur amaran didepan..contoh seperti "awas" ataupun "hati-hati".

"gentel"
Istilah gentel lebih kurang sama maksud dengan gelecek ataupun dribling.Contoh ayat yang menggunakan istilah ini ialah seperti.. "pergh mamat tu hebat sial "gentel".. persis Ronaldinho..budak tu kena "dua posen" je dengan dia" ataupun "Woi mangkuk!! passing la.."gentel" lebih la lu mat".

"kuning" (boleh juga ditukar kepada lain-lain warna seperti merah,magenta,biru pucuk pisang atau kaler pelangi)
Digunakan untuk memanggil rakan pasukan ataupun pihak lawan yang tidak dikenali namanya.Kes ini biasanya terjadi ketika beriadah pada waktu petang dipadang awam.Warna dirujuk pada pakaian yang digunakan oleh pemain yang ingin dipanggil.Walaubagaimanapun terdapat juga sesetengah kes, warna dirujuk mengikut warna kulit seseorang...biasanya hitam la..

Gua rasa cukup la 5 contoh kali ni.Kalau gua bagi banyak-banyak bukan lu orang baca pun...

*twinklelittlestar=penggunaan ayat/perkataan/istilah diatas secara normalnya digunakan disebelah selatan semenanjung Malaya...jika digunakan didaerah lain mungkin boleh mendatangkan kekeliruan..

Rabu, 10 Disember 2008

Hadiahkan gua baju hujan GIVI untuk krismas tahun ni....

Gua kena hujan tadi.Balik dari customer site.Berteduh kat bus stop supaya tak lencun.Dalam hati menyumpah...salahkan diri sendiri.Apsal taknak beli kenderaan berbumbung...kan dah susah.

Satu jam dah berlalu..hujan makin lebat.Opis dah sibuk call..tanya gua kat mana.Dalam hati menyumpah seranah...salahkan diri sendiri.Apsal taknak beli kenderaaan berbumbung...beli yang runcit-runcit pun dah ok...kan dah susah.

Berenti satu lori sampah.Empat mamat basah lencun turun..loading sampah berbakul-bakul dalam lori.Satu mamat basah lencun sudah kasi jatuh satu bakul.Sampah bertempiaran jatuh atas jalan.Sambil gelak-gelak gumbira empat mamat basah lencun kutip satu-satu sampah...loading balik dalam lori.




senyum..



,



heh..ada jugak orang lagi susah daripada gua...

Selasa, 9 Disember 2008

Tegas,Adil dan Berhemah

Lu orang pernah dengar pepatah "tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling selamat" tak?.Gua tak tau la ni pepatah kaum mana..kaum cina kot.Tapi yang penting gua memang tak boleh nak terima pepatah ni.Gua memang tak boleh blah la.Sebagai contoh,lu nak lari daripada diserang sekawan dubuk lantas lu sembunyi dekat segorombolan singa betina yang lapar dan ada anak kecik...tak ke suicide namanya tu.

Cuti Raya Haji tahun ni gua tak balik kampung.Haa..nak tuduh gua tanggang la tu.Gua bukan tak nak balik kampung tapi satu family gua dah plan nak beraya kat KL.Rumah sedara rapat gua kat Bukit Aman.Ya..Bukit Aman pusat perkumpulan polis-polis seMalaysia.So..hari minggu lepas gua pun gagahkan diri pergi sana.Demi family beb nak buat macam mana.Sampai je gua kat parking kuarters 9 tingkat tu..gua saksikan satu panorama yang tak pernah gua jumpa sebelum ni.Dua tiga kali jugak la gua gosok mata gua.Gua perhatikan ada dekat lima-enam kenderaan yang tertinggal kunci kat dalam.Lantas gua ajukan soalan pada sedara rapat (seorang polis berpangkat Sarjan ) gua tentang soalan yang membugging kepala hotak gua ni.Berikut merupakan jawapan beliau..

"memang diaorang semua tinggal je kunci dalam kereta,senang nak double park..orang lain boleh alihkan,tapi..minggu lepas tak silap abang, 2 biji kereta dah hilang...pencuri tu start je kereta terus blah..guard house pulak tak tahan...ye la diaorang pun bukan kenal semua orang kat kuaters ni..ramai sangat..."

"tempat paling bahaya adalah tempat yang paling selamat"....sapa cipta pepatah ni memang genius.Pencuri yang berjaya larikan 2 biji kereta dari dalam Bukit Aman tu dah buktikan pada gua.Gua percaya dengan sepenuh hati pepatah ni.Dah!...sekarang gua nak cari segerombolan singa lapar yang ada anak kecik..sebab ada sekawan dubuk yang sibuk peratikan gua dari tadi....pffffh

Rabu, 19 November 2008

Gua konpius...nak berdekah ke atau nak menangis...(siri 2)

Lokasi - port gua isap rokok (depan opis gua)

Dia - lu sudah berapa tahun isap ini rokok?

Gua - 9 (dengan nada acuh tak acuh)

Dia - lu tak tau ka? ini isap rokok manyak sin ma..

Gua - banyak apa? sin?

Dia - ya la..itu sin la..itu sin boleh buat lu masuk hell punya...

Gua - ooo..sin..dosa la?

Dia - saya tak tau la itu melayu panggil apa..saya panggil sin la..

Gua - heh...(muka paiseh)

*1 minute of awkward silence*

Dia - lu baik pegi itu confess la..lu sudah manyak sinful ma..may god bless u ( wajah serius sambil tangan menepuk manja bahu kiri gua dan terus berlalu pergi)

Gua - wtf...??? (sambil buat bulat guna asap tanda protes)

muka gua ni ada iras Daniel Craig ke sampai mamat sengal ni boleh konpius apa anutan gua?...pfffh...penat...

Khamis, 13 November 2008

Malang tidak beraroma...

08:31
"Hati gua berdebar-debar sial...macam ada benda busuk nak jadi.."kata Rambo pada gua sedang gua syok menghirup teh tarik kurang manis masa sarapan tadi.
"Ek elee...lu dengan intuisi lu...tak abis-abis ..."respon gua dengan nada yang agak menjengkelkan.

12:58
"pergh dah dekat pukul satu,bila nak makan ni"getus hati gua.
"kita siapkan ini mesin dulu,then baru kita pegi makan"Jack,senior gua memberi cadangan...macam tau-tau je isi hati gua.Berpandukan ayat Jack tadi gua tau hari ini akan menjadi hari yang agak malang bagi gua.

17:39
Mesin tak siap lagi....perut lapar gila...dah nak pukul 6....mesin tak siap lagi....Babi,dah sah gua balik lambat hari ni...malang...malang

18:51
"ring...ring...ring...(yup!.. itu bunyi real nada dering gua...standard kan?...)"
"lu kat mana?"
"gua baru sampai opis,tadi gua dari Klang"
"rumah kena pecah"
"haaa!!!...ok Bo..gua sampai sat lagi,lu kat umah ke?"
"lum..gua on da way...baru sampai Kinrara..Kodeng call gua tadi.."
Confirm....hari ni hari malang gua...

19:27
Rumah gua dah macam dilanggar heli Eurocopter...tunggang langgang.Bilik gua jangan cerita la..abis semua persalinan gua diteraburkan..handset pekak gua yang gua tinggalkan semasa gua pegi keje pun tak dapat diselamatkan..hilang..lenyap.
"Wei jom pegi report" satu suara yang agak "Azman" berbunyi....
dengan langkah yang berat gua ikutkan je housemate rumah gua pegi balai...

20:19
"nak report apa?"
"rumah kena pecah cik"
"apa barang hilang"
"X-Box,jam,handset,beg.. duit pun ada sikit"
"nah tulis kat borang ni"
cibai..apsal tanya kalau nak suruh gua tulis...ni yang buat gua kurang percaya pada institusi kepolisian ni....
"dah siap?..bayar 2 ringgit lepas tu pegi Balai X (sengaja dirahsiakan) jumpa dengan Sarjan Y(sengaja dirahsiakan) tunjuk report ni...dia tau apa nak buat.."
Gua dah kata dah..

22:09
Dah dekat sejam gua melangut kat balai ni...tu belum campur lagi masa yang gua habiskan kat balai Z (pun sengaja dirahsiakan) tadi.Perut gua dah lapar gila..dari tengahari minta diisi.
"ok..saya dah ambil semua keterangan..so kamu semua boleh balik.. nanti kita akan hantar unit kami kerumah kamu untuk jalankan siasatan.."
laa ingat dah settle...

23:30
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam"..eh datang pulak polis ni..tak sangka gua..peratus kepercayaan gua naik 50%...
"Wei..Kodeng!...Polis dah sampai.."
"Ha..polis?..wei lari..lari.."
"Hoi...yang lu nak lari tu apsal?...diaorang datang nak datang buat siasatan la wei...apsal lu ada buat salah ke sampai lu nak lari?" pertanyaan sangsi gua pada Kodeng...
"Eh...takdelah" dengan nada yang agak teragak-agak Kodeng membalas...
"So...apa barang yang hilang?"
cibai..tadi dah tulis ni nak tanya lagi..
"X-Box,jam,handset,beg..duit pun ada sikit cik"

01:23
ahhh...sedap betul dapat baring...penat gila gua arini..hmmm..walaupun agak malang...cara jugak rumah gua kena pecah ni..esok ada bahan nak tulis dalam blog..gua pun tengah kering idea ni..tapi..gua tak sangka pulak yang polis-polis ni datang rumah gua buat siasatan..kira kategori cekap jugak la dia orang ni buat keje..peratus kepercayaan gua dah naik 85%..tak boleh percaya 100% lagi..selagi gua belum dapat apa-apa info tentang kes rumah gua ni...
Gua rasa nak anta santau la pada mamat celaka yang berani pecah rumah gua ni...nak anta santau apa ek..santau angin?..efisyen ke?..kalau takde angin boleh sampai ke..kalau time ribut mungkin boleh consider kot..ye la time tu kan angin kuat...
haa..gua nak anta santau pakai SMS la..kira gua kahwinkan tradisional ngan teknologi...tapi...nak anta kat nombor apa?..random je...gila..nanti ada pulak orang tak berdosa mati kena santau gua..kalau gitu gua anta santau..santau...santau................zzzzzzzzzzzzzzzz

*twinklelittlestar = beb!.. lu punya intuisi memang jahat...

Rabu, 12 November 2008

MInggu yang buat gua tersengih...

Gua bangga dengan lu orang...

Dah la abang-abang lu orang sembelih setan-setan merah poyo hujung minggu lepas...

Sekarang lu orang trash pulak the latics dekat Ashburton Groove keramat kita...

Gua bangga betul dengan lu orang...

Game yang menarik sehingga penghujung masa..

Bak kata The Professer...-'I enjoyed every minute of it'

Gua bangga gila dengan lu orang...

Jumaat, 7 November 2008

Gua konpius...nak berdekah ke atau nak menangis...(siri 1)

Lokasi : Rock Cafe,Sunway

dia : wei lu tapau apa?

gua : "RAHSIA"...hehe

dia : wah! "RAHSIA" ka....saya tatak penah makan wo!...sedap ka? (wajah serius)

gua : wtf...??? (sambil grip leher mamat bangla tukang amik order air)


cuba lu orang imagine...gua kena layan mamat sengal macam ni hari-hari...pfffh...penat

Khamis, 6 November 2008

Barack Obama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke44

Syarikat tempat gua bekerja sedang berantakan.Ini semua disebabkan oleh bekas bos gua yang pecah amanah.Dia sudah bawak lari wang syarikat yang jumlahnya boleh bawak dia pegi haji dua kali siap boleh singgah Europe lawat kilang Eurocopter selama seminggu.

Semua staf-staf otai, gua tengok dah mula bercita-cita untuk ambil alih tempat bekas bos gua.Diaorang dah mula melobi.Gua rasa opis gua dah jadi sama macam satu parti politik besar negara yang tak lama lagi akan adakan pilihanraya tu.Semua orang sibuk pilih side,cari sekutu,sebar fitnah,kempen dan bagi rasuah.

Gua pulak hanya mampu dengar dan lihat,maklumlah gua adalah antara staf yang paling junior.Bagi gua... sesiapa pun yang dapat jawatan tu,gua akan tetap kat takuk lama je.Jadi,kalau ada staf otai yg suruh gua pilih side,jadi sekutu,mintak tolong sebarkan fitnah ataupun libatkan diri dalam kempen diaorang...gua akan cakap yang gua tak minat.

Tapi kalau ada yang nak bagi gua rasuah......hmmm....

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kerana Priyanka Chopra gua sanggup dilanggar todak

Pagi tadi semasa meeting dengan bos gua,gua telah diberi satu tugas.Gua kena respon dengan satu masalah yang dihadapi oleh satu pelanggan syarikat tempat gua bekerja.Buat pengetahuan lu orang, gua bergiat dalam industri services, jadi kalau ada mesin-mesin buatan syarikat gua yang rosak gualah orang yang bertanggungjawab.

Company : SS Manufacturing Sdn Bhd
Location : Bandar Puteri,Klang
Machine Type : MK 1313 CNC Engraving Machine
Person Incharge : Mr Siva
*twinkle little star-SS adalah singkatan bagi Sri Subhan

Sudah! macam mana gua nak buat ni..gua dah mula gelabah.Peluh jantan mencurah-curah keluar dari dahi gua.Semua kes yang berkaitan dengan kaum india lalu satu demi satu depan mata gua selepas gua tengok info yang bos gua bagi.Kes Hindraf,kes gaduh besar kat Johor Bahru,kes pukul,rompak lalu rogol yang keluar kat berita malam tadi,india bawak sabit penggal kepala budak-budak masa maghrib yang mak gua selalu cerita kat gua masa kecik dulu...semuanya datang dalam fikiran gua.

Lepas meeting gua pun ambik tools dan terus ke Klang.Apa nak jadi,jadilah....Sampai kat sana gua disambut oleh Mr Siva,seorang lelaki india yang gua rasa beratnya melebihi 0.1 tan.Gua tengok badan mamat ni pun gua dah kecut perut.Masuk dalam kilang yang tak berapa besar ni gua tengok rata-rata pekerja yang ada berbangsa India, kira agak susah jugak la kalau gua nak cari backup.Sampai kat mesin.. gua tengok lebih kurang,gua kenal pasti masalah lalu gua dengan cekapnya baiki apa yang rosak.Lepas siap gua suruh mamat Siva ni on machine,gua nak test macam mana mesin tu pegi.Lepas settle semua masalah, gua salam mamat Siva tu lebih kurang dan dengan pantasnya gua beredar dari situ.

Dalam perjalanan gua senyum sampai ketelinga.Gua senyum bukan sebab gua tak kena keronyok dengan geng-geng Hindraf ataupun tak kena pukul, rompak lalu dirogol oleh pekerja disitu dan juga bukan sebab kepala gua tak kena penggal oleh india bawak sabit penggal kepala budak-budak masa maghrib yang macam mak gua selalu cerita kat gua masa kecik dulu...tapi kerana satu ayat dari Mr Siva ketika gua salam dia masa gua nak balik...

Mr Siva : Wah.! you sangat bagus la...sekejap saja problem i boleh settle...nah! you ambil ni buat minum kopi...terima kasih ha..

3 not RM50 dah ada dalam poket baju gua....apalagi! malam ni jumpa gua kat dangdut....

Selasa, 7 Oktober 2008

Gua bukannya taknak...tapi belum sampai seru

Akhirnya cuti raye gua dah abis,saat yg gua nanti-nantikan tiba jua.Gua dah tak sanggup lagi menanggung azab dan siksaan,batin gua pun dah meronta-ronta minta diselamatkan....akhirnya, KL aku kembali...

Opssss....! lu orang semua jgn silap.Gua bukannya tak mempercayai keajaiban Aidilfitri.Gua juga bukannya seorang
manusia yang tak pandai meraikan kemeriahan hari raya.Gua sememangnya menantikan peluang untuk bermaaf-maafan dengan mak bapak gua,adik-beradik,sedara-mara dan sahabat handai,bagi duit raya,main mercun,ketupat,rendang,lemang...gua tunggu semua tu...betul,percayalah..

Tapi...ada satu benda yg membuatkan gua benci raya..benda tu merupakan satu soalan keramat...satu soalan yang dalam beberapa tahun ni gua tak berapa pandai nak handle...

Situasi 1
Lokasi : rumah mak bapak gua
mak gua : kau keje ada simpan-simpan duit ngah?
gua : ada la sikit-sikit mak..kenapa?
mak gua : takdelah..duit gaji kau tu simpan la sikit,jangan asyik cukup bulan abis je...
gua : ada mak,ngah simpan sikit-sikit...tapi kenapa mak?
mak gua : kalau kau ada simpan bagus la..nanti nak kawin senang...kau tu pun bukannya muda sangat..
gua : ...???..(diam)
mak gua : ha..cakap pasal kawin kau ni dah ada calon ke belum? bila agak-agaknya mak nak dapat menantu?
gua : belum sampai seru mak....

Situasi 2
Lokasi : depan masjid kat kampung gua
member 1 : lu..! gua kawin apsal tak datang?
gua : gua tak dapat kad..macammana nak datang..ala lagipun lu buat ari sabtu gua keje...
member 2 : yang lu ni...bila nak kawin...gua dah ada anak sorang dah!
gua : ...???..(diam)
member 1 : tu la pasal...si Ajis (memang nama sebenar) tu dah ada anak 2..yang lagi best si Zahar (sekali lagi..memang nama sebenar) tu siap dah cerai lepas tu siap dah kawin lain...!
gua : ala..gua belum sampai seru la...

Situasi 3
Lokasi : rumah Mak Long gua
akak sepupu gua : ngah bila nak kawin?
gua : ...???..(diam)
akak sepupu gua : nak akak carikan ke?
gua : ...???..(diam)
akak sepupu gua : kalau nak, cakap..akak banyak calon ni, kalau nak cikgu yang bujang dan available akak boleh rekemen...
kalau nak budak-budak student pun boleh akak kenalkan,ala beza 9,10 tahun apa ada hal...
*twinkle little star - akak sepupu gua seorang cekgu
gua : takpela kak...belum sampai seru

Takpe...tahun ni gua diam je,gua layankan je persoalan bangsat itu...gua pendam dalam hati lalu gua digestkan semuanya ke usus besar gua...tapi....
Tahun depan gua akan pastikan gua fully prepared untuk menghadapi hari raya.Gua akan sediakan segala peralatan perang untuk menangkis setiap persoalan.Lu orang semua takkan dengar lagi jawapan "belum sampai seru".

Gua akan pastikan sebelum raya tahun depan gua akan pinang minah ni...tapi kalau tak dapat sebelum raya gua canang kat satu kampung yang gua dah bertunang ngan minah ni..

Amacam....???

Selasa, 23 September 2008

tonight..we dine in hell...!!

"Agoge"...perkataan greek purba yang mempunyai banyak maksud,salah satu daripadanya adalah penculikan,serangan,penyitaan atau rampasan...
tapi dalam konteks yang gua nak cerita kat sini adalah dalam maksud bimbingan atau latihan...

"Agoge" ni menjadi satu amalan kaum spartan masa zaman greek purba,dimana setiap budak lelaki yang layak akan dihantar untuk mengikuti satu regim latihan yang amat getir.
Bebudak ni akan diajar prinsip peperangan,memburu,survival,malah cara-cara membunuh.
Latihan ni semua adalah untuk mengprepare dia orang supaya menjadi seorang askar spartan yang kuat,cekal,amanah dan berdedikasi.

Ala kalau lu orang nak lagi jelas lagi lu orang tengok pilem 300.Masa watak utama aka King Leonidas kecik... kan dia dihantar keluar seorang diri untuk menjalani latihan.

agak-agaknye kalau mak gua anta gua pegi "Agoge" masa kecik dulu mesti gua boleh tahan godaan pizza 3 rasa dengan air gas berkabonat perisa kola depan mata gua ni...mesti gua boleh kekang perasaan gua yang ingin sangat merasai kelembutan roti bawang putih cecah sup cendawan panas yang mengeletek deria rasa tekak gua......tapi malangnye gua tak pernah pegi "Agoge"........bangsat!! nak kena ganti balik ni...aduss

Bukak Gelanggang

Situasi 1
lokasi:Sport Planet Ampang
pengeblog 1: pergh lu sekarang makin pames siot!
Gua: ...???..(diam)
pengeblog 2: mana ada pames.... runcit-runcit je
Gua: ...???..(diam)
pengeblog 1: kalau entri setakat 2 baris tapi 59 komen...x pames mendenye
Gua : ...???..(diam)
Situasi 2
lokasi : depan tv umah sewa gua
Michelle (melodi) : apa pendapat Datuk ttg berita yg sdg heboh2 di internet ttg suami datuk kawin lain?
Datuk dari Lipis : saya hanya boleh berdiam diri saja,yg saya tau Datuk Kay takkan curang ngan saya
Michelle (melodi) : so apa pesanan datuk kpd Blogger2 diluar tu yang selalu menulis ttg Datuk suami-isteri?
Datuk dari Lipis : err kita jumpa disana..
.........................................................................
pengeblog 3 : ek ele..sikit2 Blogger, dari kerajaan sampailah ke artis...apa besar sangat ke dosa Blogger macam gua ni...
Gua : ...???..(diam)
Situasi 3
lokasi : tempat gua membalachikan diri atau nama lainnya.. opis gua
ring.....ring....ring...(betul.. tipon gua masih pakai nada dering standard)
Gua : Helo
pengeblog 3: Helo...wei gua nak bagi tau ni tadi gua anta email kat Rocky Bru , gua nampak dia dalam Astro aritu pastu gua rasa muka dia macam jiran kita...so gua saja je nak dapatkan comfirmation....pastu lu nak tau apa dia balas..
Gua : dia balas apa?
pengeblog 3 : Betul beb...! dia mmg jiran kita...pergh lepas ni bleh la gua ajak dia gi minum-minum..maklumlah Blogger
Gua : ...???..(diam)
Situasi 4
lokasi : kedai air limau paling kool kat Bangi
pengeblog 1 : gua tengok entri lu makin letup sekarang?
pengeblog 4 : lu tu lagi letup! entri nak 'A' je, kalah king of letup..!
pengeblog 1 : ala letup-letup manja je!!
gua : ...???.. (masih lagi diam sambil menghirup air limau special)


sebab situasi-situasi seperti diatas ni la yang membuatkan darah jebat gua mengelegak untuk ada blog sendiri....