Rabu, 31 Disember 2008

Selamat tukar kalender

"apa azam lu tahun depan tom?" tanya seorang teman ketika kami sedang berliburan hujung minggu lepas.

"entah..takde kot" jawab gua selamba.

Gua memang dah lama takde set target setiap kali tahun baru.Mungkin sebab gua dah bosan mengecewakan diri gua sendiri apabila setiap hujung tahun azam gua tak tercapai.


'

"kita kena ada azam baru tahun depan ni bro" ujar Rambo serius.

"azam mende"

"kita mesti kena ada makwe beb tahun depan,umur pun dah nak expired dah ni" ujar Rambo lagi..beria-ia

"hmm" balas gua endah tak endah.

"ceh..gua rasa hati lu ni dah mati la Tom"

Mungkin itu yang lebih tepat mengambarkan kenapa gua takde azam baru setiap tahun baru.Hati gua dah mati...mati-semati-matinya.



'


oh ye,..Selamat Tahun Baru.

Selasa, 23 Disember 2008

Agak-agak lu..kat klinik mana gua boleh buat facelift

'kak..nasi ayam satu'

Gua dah lapar gila tengahari tadi.Lalu dengan pantas gua order nasi ayam kat food court belakang opis gua.Cepat,sedap dan boleh kira murah kalau nak dibandingkan dengan spaghetti bolognese.

'muka awak ni akak tengok ada iras Kazar masa muda la..'

'err..ye ke?..nasi ayam saya kak?'

Wtf..akak ni nak mengenen gua ke.Ini mesti kes kurang kasih sayang dari laki dia ni.Kazar masa muda?..sapa pulak Kazar ni..

'tak kenal Kazar?..ala yang berlakon jadi Degawan tu.Betul muka awak ni ada iras dia masa muda'

'err..ye ke?..nasi ayam saya mana kak?'

Degawan?..kat mana gua dengar nama ni.Ohh.. mamat botak dalam cerita susuk tu,yang jadi bomoh jahat lagi tidak mengenal erti kemanusian tu..akak ni perli gua ni.

'nah! nasinye Encik Kazar masa muda'

Akak ni gua stalait dua das kang.



'


Gua makan dengan hati yang panas membara.Nasib baik gua lapar,kalau tak memang nasi ayam ni kekaki jawabnya.Ada samakan muka gua dengan mamat Degawan tu.Tak membina langsung.Samakan la dengan Brad Pitt ke,Tom Cruise ke,Johnny Deep ke,Aznil Hj Nawawi ke....errr nama yang last tu gua tarik balik.

Akak tu ingat dengan menambah perkataan "muda" kat belakang nama Kazar tu dapat menghalalkan perbuatan dia.Cara dia tu, macam cakap muka gua ni ada iras dubuk yang kacak.Walau kacak manapun tetap dubuk.

Dubukkacakpakaiescadajeans

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberry

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberrysarungkasutmartindingman

Dubukkacakpakaiescadajeansdenganbajuburberrysarungkasutmartindingmannaikbugattiveyron





heh..niat tak menghalalkan cara.

*twinklelittlestar-sumpah! muka gua tak sama langsung dengan Degawan masa muda

Jumaat, 19 Disember 2008

Gua rasa macam isi borang banci pulak...

Dalam keadaan kurang berwaspada gua dah kena tag ngan Rambo.Mula rasa macam taknak jawab sebab gua memang tak boleh blah la dengan permainan mari mengetag ni.Kalau gua jumpa orang yang cipta benda ni memang gua stalait dia dalam dua tiga das.Nasib baik member baik gua yang tag,so..dengan berat hati gua jawab jugak la.

Perghh..ayat denial sial..macam ayat tipikal blogger-blogger otai yang selalu kena tag...tak suka la,menyampah la,bosan la..tapi jawab jugak.Gua sebenarnya suka campur berdebor gak nak jawab tag dari Rambo ni..maklumlah tag pertama gua.

1. Anda rasa anda hot?
Of course..hot ngan gua memang tak boleh dipisahkan.Sampai sekarang gua tak boleh lagi makan aiskrim..pegang je cair..pegang je cair..

2. Upload gambar kegemaran anda.













3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ia mendedahkan bahagian belakang gua yang hot.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Masa ni

5. Lagu terakhir yang anda dengar.

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Sedang berlakon buat-buat keje..buat-buat busy..supaya office mate gua tak buat mulut.

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
1)Kalau gua pegang gitar orang selalu panggil gua Tom Morello
2)Kalau gua pegang mic orang selalu panggil gua Thom Yorke
3)Kalau gua bersukan orang selalu panggil gua Tom Brady
4)Kalau gua berdandan lebih sikit orang selalu panggil gua Tom Cruise

8. Tag lagi 5 orang.
Bab ni gua pening sikit..so gua amik jalan mudah..gua nak tag..

1)Bapak gua
2)Mak gua
3)Akak sulong gua
4)Adik yang bawah gua
5)Adik bongsu gua

apa? tak boleh..apsal?..ahh suka hati gua la.

9. Siapa orang nombor 1?
Bapak gua

10.Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Ada..dengan laki dia.

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Adik gua paling kecik..paling manja ngan mak gua...tak abis sekolah lagi.

12.Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Adik bawah gua..manjang nak cari gaduh je ngan gua.

13.Siapakah orang nombor 2?
Mak gua.

Best jugak jawab tag ni.Sesapa yang berminat nak tag gua lagi silakan.Confirm gua jawab ngan penuh jujur,cekap,amanah dan berdedikasi.

Khamis, 18 Disember 2008

Bola-Bola Api....

Gua dengan bolasepak macam cagu dengan kuku kaki.Memang ngam.Gua rasa dari umur gua 7 tahun gua dah mula bergiat aktif dalam bola sepak.Nak kata handal mana tu tak la...tapi kalau mood gua baik setakat Shukor Adan tu mudah je gua jinakkan.Satu yang gua perasan sejak gua main bola dari dulu sampai sekarang ialah ayat/perkataan/istilah yang biasa muncul dipadang bola.Tak kisah la ketika beriadah petang-petang ke,subjek pendidikan jasmani masa kat sekolah ke ataupun ketika sedang merebut Piala Pusingan DUN,ianya sama je.Berikut merupakan antara ayat/perkataan/istilah yang gua masih ingat.

"1-2" (disebut sebagai "one-two" bukan satu-dua)
Biasanya disebut ketika seorang pemain yang tidak membawa bola ingin menjemput seorang pemain lagi yang sedang menguasai bola bermain hantaran pendek sesama mereka.

"dua posen"
Istilah dua posen biasanya digunakan apabila seorang pemain berjaya melepaskan diri dengan cara meloloskan bola dicelah kelengkang pihak lawan.Pihak yang kena dua posen biasanya akan berasa agak malu dan mungkin akan hilang konsentrasi terhadap permainan.Ala.. kalau kat iklan Nike tu panggil "Ole".

"kereta kat belakang"
Ayat ni biasanya digunakan sebagai amaran kepada rakan sepasukan tentang pihak lawan yang menghampiri dari belakang.Kereta disini merujuk kepada pemain pihak lawan.Kenapa kereta digunakan sebagai perumpamaan masih lagi menjadi misteri.Ayat ini juga boleh ditambah dengan perkataan berunsur amaran didepan..contoh seperti "awas" ataupun "hati-hati".

"gentel"
Istilah gentel lebih kurang sama maksud dengan gelecek ataupun dribling.Contoh ayat yang menggunakan istilah ini ialah seperti.. "pergh mamat tu hebat sial "gentel".. persis Ronaldinho..budak tu kena "dua posen" je dengan dia" ataupun "Woi mangkuk!! passing la.."gentel" lebih la lu mat".

"kuning" (boleh juga ditukar kepada lain-lain warna seperti merah,magenta,biru pucuk pisang atau kaler pelangi)
Digunakan untuk memanggil rakan pasukan ataupun pihak lawan yang tidak dikenali namanya.Kes ini biasanya terjadi ketika beriadah pada waktu petang dipadang awam.Warna dirujuk pada pakaian yang digunakan oleh pemain yang ingin dipanggil.Walaubagaimanapun terdapat juga sesetengah kes, warna dirujuk mengikut warna kulit seseorang...biasanya hitam la..

Gua rasa cukup la 5 contoh kali ni.Kalau gua bagi banyak-banyak bukan lu orang baca pun...

*twinklelittlestar=penggunaan ayat/perkataan/istilah diatas secara normalnya digunakan disebelah selatan semenanjung Malaya...jika digunakan didaerah lain mungkin boleh mendatangkan kekeliruan..

Rabu, 10 Disember 2008

Hadiahkan gua baju hujan GIVI untuk krismas tahun ni....

Gua kena hujan tadi.Balik dari customer site.Berteduh kat bus stop supaya tak lencun.Dalam hati menyumpah...salahkan diri sendiri.Apsal taknak beli kenderaan berbumbung...kan dah susah.

Satu jam dah berlalu..hujan makin lebat.Opis dah sibuk call..tanya gua kat mana.Dalam hati menyumpah seranah...salahkan diri sendiri.Apsal taknak beli kenderaaan berbumbung...beli yang runcit-runcit pun dah ok...kan dah susah.

Berenti satu lori sampah.Empat mamat basah lencun turun..loading sampah berbakul-bakul dalam lori.Satu mamat basah lencun sudah kasi jatuh satu bakul.Sampah bertempiaran jatuh atas jalan.Sambil gelak-gelak gumbira empat mamat basah lencun kutip satu-satu sampah...loading balik dalam lori.




senyum..



,



heh..ada jugak orang lagi susah daripada gua...

Selasa, 9 Disember 2008

Tegas,Adil dan Berhemah

Lu orang pernah dengar pepatah "tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling selamat" tak?.Gua tak tau la ni pepatah kaum mana..kaum cina kot.Tapi yang penting gua memang tak boleh nak terima pepatah ni.Gua memang tak boleh blah la.Sebagai contoh,lu nak lari daripada diserang sekawan dubuk lantas lu sembunyi dekat segorombolan singa betina yang lapar dan ada anak kecik...tak ke suicide namanya tu.

Cuti Raya Haji tahun ni gua tak balik kampung.Haa..nak tuduh gua tanggang la tu.Gua bukan tak nak balik kampung tapi satu family gua dah plan nak beraya kat KL.Rumah sedara rapat gua kat Bukit Aman.Ya..Bukit Aman pusat perkumpulan polis-polis seMalaysia.So..hari minggu lepas gua pun gagahkan diri pergi sana.Demi family beb nak buat macam mana.Sampai je gua kat parking kuarters 9 tingkat tu..gua saksikan satu panorama yang tak pernah gua jumpa sebelum ni.Dua tiga kali jugak la gua gosok mata gua.Gua perhatikan ada dekat lima-enam kenderaan yang tertinggal kunci kat dalam.Lantas gua ajukan soalan pada sedara rapat (seorang polis berpangkat Sarjan ) gua tentang soalan yang membugging kepala hotak gua ni.Berikut merupakan jawapan beliau..

"memang diaorang semua tinggal je kunci dalam kereta,senang nak double park..orang lain boleh alihkan,tapi..minggu lepas tak silap abang, 2 biji kereta dah hilang...pencuri tu start je kereta terus blah..guard house pulak tak tahan...ye la diaorang pun bukan kenal semua orang kat kuaters ni..ramai sangat..."

"tempat paling bahaya adalah tempat yang paling selamat"....sapa cipta pepatah ni memang genius.Pencuri yang berjaya larikan 2 biji kereta dari dalam Bukit Aman tu dah buktikan pada gua.Gua percaya dengan sepenuh hati pepatah ni.Dah!...sekarang gua nak cari segerombolan singa lapar yang ada anak kecik..sebab ada sekawan dubuk yang sibuk peratikan gua dari tadi....pffffh