Khamis, 15 Januari 2009

Megadrama

'Last-last diaorang nikah jugak tom,minggu lepas'

Ayat terakhir dari mulut Din Cinpeng tanda penutup cerita.Ketika itu gua bersama dia dalam perjalanan untuk bermain bola-sepak-dalam-kandang-pada-waktu-malam.Cerita berkisar tentang seorang lagi teman yang dah lama gua terputus hubungan.Kali terakhir gua dengar dia bekerja di satu bandar diselatan tanahair.

'Cerita dia macam ni,akhir bulan 11 dia call aku..mintak nak tumpang rumah'

'Apsal lak nak tumpang rumah...dia dapat keje kat sini ke?'

'Tak..dia ada buat kes kat Batu Pahat'

Rupa-rupanya teman gua yang dah lama gua tak jumpa tu sudah buat kes yang melibatkan rumah tangga orang lain.Dia telah bermain cinta dengan seorang perempuan yang bersuami dan mempunyai seorang anak.Menjadikan kes ni lagi berat adalah suami kepada perempuan tu merupakan seorang yang dikenali dengan keganasan,keotaian dan ketigalineannya.

'Aku rasa dia nak jadi hero la Tom'

'Hero?'

'Ye la..dia cerita kat aku yang laki minah tu selalu pukul dia.Abis lunyai minah tu kena lanyak hari-hari'

Teman gua yang buat hal ni lari pergi KL dengan perempuan itu dan anaknya.Takut diapa-apakan oleh suami perempuan tersebut.Berhenti kerja tanpa notis.Seorang pun tak tau kemana dia pergi.Malahan keluarga sendiri pun tak diberitahunya.Ugutan bunuh jangan ceritalah..hampir setiap minit menerima pesanan ringkas berbau ancaman dari sang suami.

'Abis tu apa lu buat?'

'Aku bawak jumpa abang ipar gua.."adik-beradik" jugak la'

'Abis tu abang lu tolong la?'

'Nak tolong macam mana?..bawak lari bini orang tu..abang aku suruh dia balik,suruh perempuan tu mintak cerai..buat cara betul'

Teman gua tu pulang selepas genap dua minggu berhibernasi di rumah Din Cinpeng.Menurut Din Cinpeng teman gua tu dah berjaya mendapatkan pertolongan dari seorang "Abang Long".Abang long kawasan mana tu gua pun tak pasti.Din Cinpeng pun lega dengan pemergian teman gua tu.Mana taknya nak mengadap bini dia lagi,persoalan dari jiran tetangga,jelingan tajam kariah surau,takut rumah kena gegar dengan kaum-kaum suami perempuan tu lagi.

'Last-last diaorang nikah jugak tom,minggu lepas'

Ayat terakhir dari mulut Din Cinpeng melegakan kerisauan gua.Nasib baik tak mati dibuatnya teman gua tu.Mulai dari sekarang tahap skeptik gua terhadap kebenaran kisah drama swasta kat tv tu dah mula berkurangan.Tak kiralah slot Megadrama ke,Samarinda ke,Akasia ke,Sinetron ke,Telenovela ke..gua yakin semuanya adaptasi dari kisah benar.Kisah tragis teman gua ni sebagai bukti sahih.






Pergh..gila ah!

11 ulasan:

laki cikgu kimia berkata...

tv berape citer ni tom? kisah benar tv1 ke ape?

harap2 yg terbaik la utk member lu tu..

Amin Ahmad berkata...

ya, mungkin realiti itulah yg buat org kita suka tengok.

sama macam lagu2 jiwang. itu realiti kan?

yg celakanya bila ada pula mulut puaka yg cela.

manusia lain2, hargai saja semuanya :)

last sekali jawab dgn Tuhan. semudah itu.

ainfazrin berkata...

salam ziarah tom.

rasanya citer yang tak logik dlm tv tu cume citer polis je. lain seme ada lah sangkut paut sikit dgn life. er, life kite ni pun penuh drama, ye tak.

em, kira suami si perempuan yang kaki pukul tu takut gak lah dengan 'abang long' tu ek. masa pukul bini tak takut Tuhan plak. hmm. sorry, tiba2 terpikir plak pasal tu. hehe.

Kill To Dress berkata...

bro lu punya 'teman' mmg hati kering..oh ye jengok la page gua ada barang bundle baik punya..

tom berkata...

nas-cite ni belom keluar tv lg beb..wa ingat nk anta cerita ni kat Rashid Sibir buat drama mesti meletup.

pewaris-lagu2 jiwang?..mungkin yg mencela merasakan ianya diluar tahap realism diorg..apapun manusia memang lain2

ain- good point..wa pun rasa org yg pukul perempuan mrupakan org plg bacul dan penakut kt dunia ni

tom berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ami berkata...

ketigalineannya. Hahah..haha..
Dunia dunia.

tom berkata...

killtodress-kering2 jugak..kalau dah kena tikam sapa nak jawab..anyway nice page,barang pun cun..tambah la byk lg barang.

ami-tu la dunia skrg..Bila dah besar sikit, bergaduh mesti mau ajak kaum. Dah besar lagi sikit, masuk kultus-kultus. 3 line lah, brader lah, kongsi gelaplah dsb. Esok mati, siapa angkat mayat kalau bukan kawan-kawan jugak?..;)

Ami berkata...

Hahah..ayat sapelah tu Tom. Poyo gila ayat mamat tu. :p
*Ami nyala rokok..

Rembo berkata...

woi!sape weh?

tom berkata...

ami-gua sokong lu..ayat tu mmg poyo..hehe..;)

rambo-nanti keluar ngeteh,wa story kat lu..