Rabu, 21 Januari 2009

Sempena Hari Raya Cina yang mulia ini..ku pohon ampun dan maaf..

Persediaan untuk bermain bolasepak-dalam-kandang-pada-waktu-malam (futsal) kadang-kala boleh menjadi satu pekerjaan yang cukup membebankan.Nak kena cari tempat yang menarik,lepas tu nak kena pegi booking waktu yang sesuai dan akhirnya mengumpul kutu-kutu untuk mencukupkan kariah.Semua ini kalau tak kena cara boleh menjadikan hidup lu susah.Tapi bagi seorang penganjur yang berdedikasi macam gua ni semua masalah yang gua sebut tadi merupakan kerja senang,kecuali satu.Kumpul kutu.

Bukan senang mengumpul kutu-kutu untuk bermain futsal.Gua terpaksa menghantar pesanan pendek kepada setiap orang.Biasanya gua akan menghantar jemputan dalam satu ayat yang sama kepada semua orang.Senang,taip satu kali hantar pada semua,then tunggu jawapan balas.

So,semalam merupakan hari rasmi bagi gua dan kutu-kutu bermain futsal.Pukul 10 setiap malam Selasa,bertempat di Jalan Kuchai Lama.Walaupun kutu-kutu ni semua memang dah sedia maklum yang semalam merupakan hari mari berfutsal,tapi gua still kena hantar jemputan kepada mereka semua.Tanda kompom.Selepas pulang dari opis,gua dah siap segia dengan talipon tangan dan sebatang rokok,tanda gua bersedia untuk menghantar jemputan.Gua taip ayat standard gua..

'ftsl kul 10,jln kuchai lma,pls reply ASAP..'

Ringkas,padat dan berkesan.Satu demi satu pesanan pendek masuk ke talipon tangan gua selepas gua menghantar jemputan.Semua membalas dengan balasan positif dan menceriakan hati gua..

'i'll be there..'

'ok..'

'cantik..jmpa kt sana..'

'aite..'

'baik..zidane akn turun mlm ni'

Antara balasan yang gua terima.Gua kira-kira semua kutu dah balas kecuali sorang.Mat Arip.Takpe gua tunggu,mungkin dia akan balas kejap lagi.Setengah jam berlalu,Mat Arip masih belum membalas,gua sudah mula hangin.Lantas gua menghantar satu lagi pesanan pendek,tapi kali ini menggunakan ayat-ayat berbau peperangan.

'wei pundek..nk main x mlm ni..balas la cibai..'

Lima belas minit berlalu,still takde balasan dari Mat Arip.Lantas gua mengambi keputusan untuk call.Belum sempat gua cari nama Mat Arip dalam phone book gua,talipon tangan gua berdering.Di screen terpampang tulisan 'Mak'.

'Assalamuaikum mak!" (gila soleh,bagi salam dulu tu,hello pun tak sebut)

'Waalaikummussalam,Ngah! apa mesej yang kau bagi ni Ngah.Mencarut-carut.Kau nak ajak mak main apa malam ni?'

'errrr'




Hampir dua puluh minit gua menerangkan pada Mak gua yang gua tak carutkan dia.Menerangkan yang gua tersalah menghantar pesanan pendek.Gua juga terpaksa menerangkan apa itu futsal dan kenapa ia dimainkan pada waktu malam.Tak lupa juga berbundle-bundle ayat kemaafan yang gua beri.

Pergh penat..

Ini semua salah Mat Arip.

8 ulasan:

iyan berkata...

macam haram!

Rambo berkata...

gaya penulisan masa kini!
hebat!!

ainfazrin berkata...

haha.
ni nasib baik tak tersalah hantar sms cinta manja kat mak. kalo tak boleh jadi kaler kundang muka, malu.

sudahnya Mat Arip jadi join futsal ke semalam?

Ami berkata...

Nasib bukan ke nombor mak Mat Arip tu. Fuh...nasib ko kira baik lagi tu.

tom berkata...

iyan-haram mcm produk yahudi ke?jangan boikot gua sudah bro..

rambo-tima kasih,berkat usaha menuntut ilmu siang & malam..

ain-tul gak tu,sms cinta lg leh jadi haru-biru,Mat Arip x join,kasut dia hilang kena curik.Dia suspek india depan umah dia punya keje.

tom berkata...

ami-mmg nasib gua baik,kalau trsalah anta pegi kat mak dia,mau koma mak dia,mak dia tu ustazah bro..

chi am berkata...

persembahan bahasa semakin kemas. penceritaan mantap. cuma pitching suara. saya nak tengok kamu buat yg lebih baik lagi minggu depan oke!

ajiz cabalero berkata...

HAHA..
mencarut lagi...