Rabu, 21 Januari 2009

Sempena Hari Raya Cina yang mulia ini..ku pohon ampun dan maaf..

Persediaan untuk bermain bolasepak-dalam-kandang-pada-waktu-malam (futsal) kadang-kala boleh menjadi satu pekerjaan yang cukup membebankan.Nak kena cari tempat yang menarik,lepas tu nak kena pegi booking waktu yang sesuai dan akhirnya mengumpul kutu-kutu untuk mencukupkan kariah.Semua ini kalau tak kena cara boleh menjadikan hidup lu susah.Tapi bagi seorang penganjur yang berdedikasi macam gua ni semua masalah yang gua sebut tadi merupakan kerja senang,kecuali satu.Kumpul kutu.

Bukan senang mengumpul kutu-kutu untuk bermain futsal.Gua terpaksa menghantar pesanan pendek kepada setiap orang.Biasanya gua akan menghantar jemputan dalam satu ayat yang sama kepada semua orang.Senang,taip satu kali hantar pada semua,then tunggu jawapan balas.

So,semalam merupakan hari rasmi bagi gua dan kutu-kutu bermain futsal.Pukul 10 setiap malam Selasa,bertempat di Jalan Kuchai Lama.Walaupun kutu-kutu ni semua memang dah sedia maklum yang semalam merupakan hari mari berfutsal,tapi gua still kena hantar jemputan kepada mereka semua.Tanda kompom.Selepas pulang dari opis,gua dah siap segia dengan talipon tangan dan sebatang rokok,tanda gua bersedia untuk menghantar jemputan.Gua taip ayat standard gua..

'ftsl kul 10,jln kuchai lma,pls reply ASAP..'

Ringkas,padat dan berkesan.Satu demi satu pesanan pendek masuk ke talipon tangan gua selepas gua menghantar jemputan.Semua membalas dengan balasan positif dan menceriakan hati gua..

'i'll be there..'

'ok..'

'cantik..jmpa kt sana..'

'aite..'

'baik..zidane akn turun mlm ni'

Antara balasan yang gua terima.Gua kira-kira semua kutu dah balas kecuali sorang.Mat Arip.Takpe gua tunggu,mungkin dia akan balas kejap lagi.Setengah jam berlalu,Mat Arip masih belum membalas,gua sudah mula hangin.Lantas gua menghantar satu lagi pesanan pendek,tapi kali ini menggunakan ayat-ayat berbau peperangan.

'wei pundek..nk main x mlm ni..balas la cibai..'

Lima belas minit berlalu,still takde balasan dari Mat Arip.Lantas gua mengambi keputusan untuk call.Belum sempat gua cari nama Mat Arip dalam phone book gua,talipon tangan gua berdering.Di screen terpampang tulisan 'Mak'.

'Assalamuaikum mak!" (gila soleh,bagi salam dulu tu,hello pun tak sebut)

'Waalaikummussalam,Ngah! apa mesej yang kau bagi ni Ngah.Mencarut-carut.Kau nak ajak mak main apa malam ni?'

'errrr'




Hampir dua puluh minit gua menerangkan pada Mak gua yang gua tak carutkan dia.Menerangkan yang gua tersalah menghantar pesanan pendek.Gua juga terpaksa menerangkan apa itu futsal dan kenapa ia dimainkan pada waktu malam.Tak lupa juga berbundle-bundle ayat kemaafan yang gua beri.

Pergh penat..

Ini semua salah Mat Arip.

Isnin, 19 Januari 2009

Sepetang bersama selebriti

Gua tidak berada di Istana Budaya petang semalam.Gua tidak menyaksikan persembahan Emmet dan rakan-rakan.Gua tidak berada dibelakang pentas untuk mengucapkan selamat sebelum mereka membuat persembahan.Gua juga tidak berada disana untuk bersalaman dan mengucapkan tahniah ketika selesai persembahan.

Semestinya tiada foto untuk kenang-kenangan.

Gua tidak berada di Stadium Putra Bukit Jalil petang semalam.Gua tidak menyaksikan persembahan artis-artis yang masuk bertanding.Gua tidak berada dibangku stadium menyaksikan Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu ke 23.Gua juga tidak bersama-sama pemenang meraikan kemenangan mereka dimajlis 'After Party'.

Semestinya tiada foto untuk kenang-kenangan.

Gua berada disatu studio kecil dipekan Ampang petang semalam.Gua menyaksikan persembahan dari beberapa kumpulan muzik yang kuat,bising dan laju.Gua berborak bersama selebriti ini.Minum teh o ais bersama selebriti ini yang sering diperkatakan oleh selebriti ini.Berjumpa dengan selebriti ini walaupun tidak sempat bertegur sapa.

Malangnya tiada foto untuk kenang-kenangan.

Oh ye..gua kesana bersama selebriti ini yang sedang mula meningkat popular.

Khamis, 15 Januari 2009

Megadrama

'Last-last diaorang nikah jugak tom,minggu lepas'

Ayat terakhir dari mulut Din Cinpeng tanda penutup cerita.Ketika itu gua bersama dia dalam perjalanan untuk bermain bola-sepak-dalam-kandang-pada-waktu-malam.Cerita berkisar tentang seorang lagi teman yang dah lama gua terputus hubungan.Kali terakhir gua dengar dia bekerja di satu bandar diselatan tanahair.

'Cerita dia macam ni,akhir bulan 11 dia call aku..mintak nak tumpang rumah'

'Apsal lak nak tumpang rumah...dia dapat keje kat sini ke?'

'Tak..dia ada buat kes kat Batu Pahat'

Rupa-rupanya teman gua yang dah lama gua tak jumpa tu sudah buat kes yang melibatkan rumah tangga orang lain.Dia telah bermain cinta dengan seorang perempuan yang bersuami dan mempunyai seorang anak.Menjadikan kes ni lagi berat adalah suami kepada perempuan tu merupakan seorang yang dikenali dengan keganasan,keotaian dan ketigalineannya.

'Aku rasa dia nak jadi hero la Tom'

'Hero?'

'Ye la..dia cerita kat aku yang laki minah tu selalu pukul dia.Abis lunyai minah tu kena lanyak hari-hari'

Teman gua yang buat hal ni lari pergi KL dengan perempuan itu dan anaknya.Takut diapa-apakan oleh suami perempuan tersebut.Berhenti kerja tanpa notis.Seorang pun tak tau kemana dia pergi.Malahan keluarga sendiri pun tak diberitahunya.Ugutan bunuh jangan ceritalah..hampir setiap minit menerima pesanan ringkas berbau ancaman dari sang suami.

'Abis tu apa lu buat?'

'Aku bawak jumpa abang ipar gua.."adik-beradik" jugak la'

'Abis tu abang lu tolong la?'

'Nak tolong macam mana?..bawak lari bini orang tu..abang aku suruh dia balik,suruh perempuan tu mintak cerai..buat cara betul'

Teman gua tu pulang selepas genap dua minggu berhibernasi di rumah Din Cinpeng.Menurut Din Cinpeng teman gua tu dah berjaya mendapatkan pertolongan dari seorang "Abang Long".Abang long kawasan mana tu gua pun tak pasti.Din Cinpeng pun lega dengan pemergian teman gua tu.Mana taknya nak mengadap bini dia lagi,persoalan dari jiran tetangga,jelingan tajam kariah surau,takut rumah kena gegar dengan kaum-kaum suami perempuan tu lagi.

'Last-last diaorang nikah jugak tom,minggu lepas'

Ayat terakhir dari mulut Din Cinpeng melegakan kerisauan gua.Nasib baik tak mati dibuatnya teman gua tu.Mulai dari sekarang tahap skeptik gua terhadap kebenaran kisah drama swasta kat tv tu dah mula berkurangan.Tak kiralah slot Megadrama ke,Samarinda ke,Akasia ke,Sinetron ke,Telenovela ke..gua yakin semuanya adaptasi dari kisah benar.Kisah tragis teman gua ni sebagai bukti sahih.






Pergh..gila ah!

Jumaat, 2 Januari 2009

Lebih Aneh dari Fiksyen

Gua baru lepas layan filem Stranger Than Fiction.Kira boleh blah jugak la filem ni.Ia mengisahkan tentang hidup seorang ejen IRS (lebih kurang macam Pegawai LHDN la) bernama Harold Crick lakonan Will Farrell.Harold Crick ni seorang lelaki yang hidupnya serba sederhana.Setiap pagi dia pegi keje.Sampai opis dia buat keje.Habis keje dia balik rumah.Sampai rumah dia makan.Habis makan dia tengok tv.Cukup masa dia masuk tido.Letak jam tangan kat sebelah buat alarm.Inilah rutin dia setiap hari.Sendiri dan membosankan.Semua ini berubah selepas pada suatu hari dia terdengar satu suara dalam kepala hotak dia.Suara seorang perempuan yang sedang bernaratif tentang kehidupan dia.Suara itu telah membuatkan kehidupan dia menjadi tunggang - langgang,dan akhirnya....err kalau lu nak tau pengakhirannya lu tengok sendiri la.


Hidup gua sepanjang minggu ni bosan ya amat.Setiap pagi gua pegi keje.Sampai opis gua buat keje.Habis keje gua balik rumah.Sampai rumah gua makan.Habis makan gua tengok tv.Cukup masa gua masuk tido.Letak telefon bimbit kat sebelah buat alarm.Itulah rutin gua setiap hari minggu ni.Sendiri dan membosankan....









Dejavu..









oh! taik...gua dah bertukar menjadi Harold Crick